Apa yang membawa aku pada penulisan hari ini, semuanya adalah kerana Siti Fiona. Siapa Siti Fiona??? Hanya seekor anak kucing peliharaan aku. Datangnye tanpa dipinta. Sendiri datang lantas bermastautin di rumah ku. Siti Fiona yang perasaan macam puteri telah meninggal dalam keadaan yang aku sendiri tak sangka. Selama 6 hari dia mendirita sakit, yang aku sendiri tak pasti apa penyakitnya. Telah diberi ubat, malang sekali semakin hari keadaannya makin merosot. Melihat keadaanya, meruntum hati dan perasaan aku. Kalau sebelum ni dia seekor kucing yang agresif dan cerdik, tak aku sangka dia jatuh sakit dan keadaanya sangat teruk.
Siti Fiona banyak betul ingin aku cerita kan mengenai dirimu, namun aku tak mampu untuk luahkan dalam butir ayat. Walau kau hanya seekor kucing pelihraan, tapi kau lah pengarang jantung hati aku dan mama. Pergi tanpa di sangka - sangka.
Lebih meruntum perasaan walaupun dalam kesakitan, tapi kau tetap gagahkan diri berjalan menuju ke tempat takungan pasir untuk buang air kecil. Siti Fiona, aku dan mama pasti merindui tingkahmu.Serasa seperti hilang anak kecil.
Siti Fiona, maaf andai aku dan mama gagal mencari penawar mu sehingga kau merana hingga akhir hayatmu. Maaf andai makan mu tidak cukup sepnajang aku dan mama adalah tuanmu. Maaf kerana terlewat mencari penawarmu.
Aku mempunyai seorang kawan yang sangat menyayangi kucing, Dulu aku rasa hairan kenapa dia terlalu sedih bila kucing dia mati. Dan sekarang aku merasainya. Perit amat sangat, walaupun seekor kucing. Nilai nyawa kau dan aku adalah sama. Pencipta kau dan aku juga sama. Sakitnya roh mu di bawa keluar, buat aku tak sanggup melihat kesakitan itu.
Setelah 6 hari kau bertahan, akhirnya hari ini kau rebah merelakan rohmu keluar dari tubuh comel mu. Siti fiona, sungguh aku beremosi kala menulis entry ini. Tak dapat aku bayangkan, tak dapat aku ceritkan emosi aku yang meledak. Siti Fiona, andai bisa aku menyentuhmu, air mata pasti deras gugur, kerana aku sentiasa mengingatimu.
Jangan Lupakan Aku dan Mama




