Selamat pagi,
Jam menunjukkan jam 0911, aku menulis sambil membasuh kain, multi tasking kah? Masa ada lah sprinter terbaik dan tiada apa yang mampu menandingi kelajuan masa, maka manfaatkan masa sebaik-baiknya. Sebab tu kena jadi multi tasking.
Entri kali ni aku nak cerita pasal dua orang sepupu aku dan 27 dresses. Dari kecik aku ada dua orang sepupu yang sebaya dan rapat dengan aku. Dari kecil mereka berdua lah teman sepermainan aku. Masa Chinesse New Year hari tu, mereka berdua telah melangkah satu frasa baru dalam kehidupan mereka, iaitu bertunang. Mereka bertunang selang sehari. Fakhri bertunang hari Ahad, Nina pulak hari Isnin. Seperti biasa soalan klise dari orang sekeliling, 'Ju bukan ke sepatutnya hari Selasa kau bertunang pulak?' Arghhhh malas untuk aku layan dan jawab soalan tu. Membesar sama - sama tak semestinya semua kena sama kan?
![]() |
| Yang dua dari kanan tu sudah menjadi tunangan kepada pasangan masing-masing |
![]() |
| Going to be her bridesmaid next year |
![]() |
| Sudah mau jadi suami orang |
Bukan lah aku tak terfikir untuk lalui apa yang mereka berdua lalui, hakikatnya belum sampai masanya untuk aku lalui. Sekali lagi statement klise. Tapi itu lah hakikatnya. Yang paling penting, dalam diri aku sendiri kena percaya untuk menempuh dunia kekeluargaan. Bila aku tanya mama, apa itu kahwin? Mama akan jawab kahwin tu sunnah. Kahwin tu nak mengelak maksiat. Kahwin itu untuk menambahkan umat Muhammad S.A.W. Ya, benar semua itu. Tapi dari pandangan aku sendiri, kehidupan berkeluarga sekarang sangat mencabar. Sebelum kahwin, kau akan berjanji untuk menjadi isteri atau suami soleh dan soleha. Bercakap amat mudah tapi untuk memaknakannya bagaimana? Apa inisiatif kau untuk memaknakan soleh dan soleha itu. Sebelum ada anak, azam kau untuk jadi ibu yang terbaik, tapi apa inisiatif kau untuk jadi ibu dan ayah yang terbaik??? Bila anak dah mula membesar dan pandai menjawab, kau akan marah dan ayat yang keluar dari mulut kau 'kalau lah aku tahu kau nak jadi macam ni, dari kecik aku dah pijak-pijak biar kau mati' ini lah yang paling aku takutkan. Jadi kehidupan berumah tangga maksudnya membina institiusi kekeluargaan mendidik anak untuk menjadi khaliah bukan mudah semua tu, dan kalau tak kena caranya, porak poranda lah keluarga yang dibina. Kehidupan sekarang sangat mencabar jadi perlu mendalami bagaimana untuk menangani sesuatu situasi. Bukan lah maksudnya aku paranoid mengenai perkahwinan, aku memandang prespektif perkahwinan itu sesuatu yang complex dan mudah rapuh. Dalam bahasa Inggerisnya, 'marriage is complex hence fragile.'
Tamat sudah perspektif aku mengenai perkahwinan, dan bercerita pulak pasal bakal suami aku. Siapakah dia? Aku sendiri tidak tahu. Hahahaha....mengenyam pulak nak cerita pasal ni ye. Bukan saja ajal maut, tapi rezeki dan jodoh juga tidak akan cepat dan lewat sesaat untuk kita, itu pasti. Kalau ada yang menonton filem 27 Dresses yang dilakonkan oleh Katrin Heigl sebagai Jane dan James Marsden sebagai Kevin, aku memang admire dengan watak Katrin sebagai Jane. Hakikatnya aku sedang melalui momen - momen yang dilalui Jane. Momen ape? Momen-momen menghadiri walimatulurus kawan-kawan. Dan setiap walimatulurus yang aku dapat dari kawan-kawan, aku akan tempah baju kurung baru. Baju kurung yang sama tak kan kelihatan pada majlis yang berbeza. Itulah persamaan momen aku dan Jane.
![]() |
| Belum cukup 27 pasang |
Bagi watak Jane, Dress yang ke-28 adalah wedding dress dia. Hahahah mana tahu kisah aku boleh jadi kisah dogeng macam Jane ke. Antara dialog yang aku suka dari Kevin untuk Jane ialah 'You'd rather focus on other people's Kodak moments than make memories of your own!' Oh...bisa sungguh ayat itu....come on Kevin suatu hari nanti mesti ada org lain pulak yang akan rakam momen aku jadi pengantin....hahahhah
Sampai sini saja entri aku. Dan aku akhiri entri aku dengan lafaz dibawah. Renung - renungkan dan selamat beramal.
'Aku terima nikahnya si anak dia binti bapak dia, dengan mas kahwin RM'.....makna sebenar lafaz akad adalah seperti berikut,
'Aku tanggung dosa-dosa si dia dari ibu bapanya, apa saja dosa yang si dia buat, dari dedah auratnya sehingga tinggal solatnya, aku tanggung dan bukan lagi ibu bapa si dia. Dan aku tanggung dosa bakal anak-anak ku jika gagal maka aku fasik, dayus dan aku rela masuk neraka dan malaikat zabaniyah melibas badanku sehingga pecah'
Jumpa di entri yang lain.





0 comments:
Post a Comment