Wow....ni ialah cerita pertama aku untuk blog ini, sebenarnya dah lama nak buat blog tapi belum berkesempatan. Aku namakan blog ini dengan nama SEHAYAT...SEHAYAT ialah bahasa Turki yang membawa maksud PERJALANAN.
Untuk cerita pertama aku nak kongsi apa yang aku rasa untuk waktu dan ketika ini.
Semalam keputusan UPU baru saja dikeluarkan oleh KPTM, lebih kurang 70000 pelajar lepasan Diploma setaraf memohon untuk menyambung pengajian di IPTA, lebih kurang 41200 pemohon sahaja yang berjaya menempatkan diri di IPTA. Adakah aku salah seorang pemohon yang menanti jawapan ini??? Mestilah tidak. Setelah setahun aku menamatkan pengajian di peringkat diploma kejuruteraan awam aku tidak pernah sekali pun memohon untuk menyambung pengajian di peringkat Ijazah. Bukan tidak terlintas untuk menyambung pengajian, ianya sering belegar - legar di fikiran untuk menyambung pengajian. Perasaan membuak itu tidak pernah luput. Hanya Allah saja yang tahu. Bila dapat tahu kawan - kawan dapat sambung belajar, perasaan kecewa sentiasa bersarang di hati. Ada beberapa sebab yang membantut kan aku untuk menyambung pengajian. Luaran mungkin aku nampak seperti orang yang sangat sedih, hakikatnya mama adalah orang yang paling sedih dan kecewa, kerana tak mampu untuk membiarkan aku meneruskan cita - cita ku...mama akan pujuk 'jangan lah nangis, mama bukan tak nak bagi belajar, kalau mama kerja lagi, mama bagi belajar' dari nada suara mama aku dengar betapa dia rasa bersalah kerana tak mampu untuk membiarkan aku meneruskan cita-citaku. Walaupun sebenarnya aku bukan lah minat sangat untuk bekerja dalam bidang pengajian ku, tapi aku masih bercita-cita untuk menggengam segulung ijazah. Tidakah ia satu pembaziran??? Buang masa??? Tidak...ianya tidak akan pernah jadi satu pembaziran, kerana ianya lebih kepada pencapaian peribadi. Sesuatu yang aku akan bangga dengan pencapaian aku. Aku tidak sepatutnya bebankan mama dengan emosi menggila aku yang ingin sambung belajar, kerana mama lah insan yang akan rasa bersalah. Aku tidak patut penting kan diri sendiri, kerana aku tau aku harapan mama, aku kena sedar ada mulut yang hendak disuap, ada bil yang perlu dibayar, ada hutang perlu dilunaskan setiap bulan, Dan itulah lumrah hidup. Demi memujuk hati, aku balikkan hati kecil aku 'mungkin Allah belum makbulkan kehendak aku, suatu hari nanti kena pada masa dan ketikanya mungkin aku akan peroleh pekara yang lebih manis lagi. Sesungguhnya bukan sahaja ajal tidak akan lambat atau cepat sesaat, malah setiap pekara juga begitu'
Mungkin sekarang aku bukan lah orang yang sedang mengejar cita-cita demi segulung ijazah, tapi aku seorang hamba Allah yang sedang menikmati kemanisan tanggungjawab sebagai seorang anak, sebagai seorang pencari nafkah buat keluarga...arwah ayah tidak sempat merasa hasil titik peluh ku jadi Allah mebiarkan aku membalas jasa mama...Sesungguhnya Allah itu maha adil lagi penyayang.
Suatu hari nanti aku pasti akan menamtkan pengajian ku di peringkat ijazah...dan impian itu tidak akan pernah lupus...


0 comments:
Post a Comment