Assalamualaikum;
Lagi beberapa hari umat Islam akan menyambut bulan yang penuh keberkatan bulan Ramadhan. Sayangnya kali ni aku tak dapat menunaikan puasa sunat sya'ban dengan baik atas masalah kesihatan. Semoga Ramadha kali ini berjalan dengan lancar dan dikurniakan kesihatan yang baik-baik. Setiap kali Ramadhan menjenggah, menguatkan lagi perasaan rindu ku pada arwah ayah, kerana bulan Ramadhan semua ahli kubur akan dilepaskan. Dan ini ialah Ramadhan yang keempat tanpa ayah. Sepanjang empat tahun ni, Ramadhan aku dan mama biasa-biasa saja. Tiada makanan yang berlebih. Dulu masa arwah ayah ada, makanan agak mewah, beli lah banyak mana pun pasti akan habis, sebab ayah ialah 'tong sampah'. Hehehehe, tapi kalau sekarang beli berlebih ianya memang MEMBAZIR, nak habiskan seekor ikan atau kerang yang berharga 50 sen pun memang tak terhabis oleh aku dan mama. Kalau dulu hidangan wajib kami ialah air sirap selasih. Air sirap selasih memang kegemaraan ayah. Wajib ade sepanjang Ramadhan. Tapi sekarang jarang sekali ada, sebab kalau dengan mama, mama memang tak suka berbuka dengan minuman berais. Selalu air yang dihidangkan air teh o suam, tu wajib untuk mama.
Perkara yang menjadi rutin aku sepanjang empat tahun ni, aku akan tanya mama 'ma kain putih ada tak?' kain putih untuk buat pengganti tanda pada batu nisan ayah. Dan aku tak kan pernah lupa tentang satu perkara ni. Melalui hari - hari berdua saja dengan mama kadang-kadang rasanya hiba saja. Kalau mama pergi mana-mana tinggal lah aku sorang. Kalau aku pulak yang kemana-mana mama pulak tinggal sorang, tapi dengan khidupan berdua macam ni, menjadikan aku insan yang sangat menghargai kasih sayang.Untuk mama kasih sayang tu semakin bercambah, dan untuk ayah pula kasih sayang yang tersemat dalam sanubari akan sentiasa menjadi rindu yang tak pernah pudar. Semoga Ramadhan 1432h adalah lebih baik buat semua umat Islam sedunia.
Salam Ramadhan

0 comments:
Post a Comment