THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Sunday, 28 August 2011

Cubit Peha Kanan, Peha Kiri Terasa Sakit

Assalamualaikum,

   Hari ini berakhir sudah Ramadhan ke 28. Tinggal sehari saja lagi untuk seluruh umat Islam menyambut Syawal. Berapa peratuskah markah kita untuk Ramadhan kali ini? Cemerlang, lulus sahaja atau gagal? Yang pasti aku berdoa semoga dipanjangkan umur, dimurah rezeki untuk bertemu Ramdhan yang akan datang. Bulan yang dibuka pintu syurga dan ditutup pintu neraka. Sejauh mana kita bersungguh ingin mengejar pintu syurga dan berlari sejauh mungkin dari pintu neraka? Tepuk dada tanya selera.
   Becerita mengenai raya, tahun ini aku rasa puas sangat dengan persiapan raya. Adakah aku menyiapkan 5 pasang baju raya? Adakah aku membeli belah baju jalan berpasang-pasang? Adakah aku beli sofa baru dekat Cavenzi? Oh, atau tempah langsir baru? Tahun ni aku cuma tempah dua pasang baju raya, aku langsung tidak membeli belah baju jalan malah sofa dan langsir masih sama macam tahun sudah. Aku rasa puas dengan tahun ini sebab semuanya aku sediakan dalam keadaan yang sangat sederhana. Perasaanya sukar digambarkan betapa aku puas hati dengan persiapan tahun ini dan aku sangat bersyukur dengan limpah kurnia Sang Pencipta. Tahun ni aku dan sepupu aku berkongsi untuk buat dua jenis kuih iaitu tart gulung dan coklat chip cookies. Walaupun tak secantik dan tak sedap mana, kami puas. Ini pertama kali kami buat kuih 100% usaha kami tanpa dibantu oleh 'Puan Besar'.
Sepupu yang sudi melayan karenah aku. Walaupun penat tapi puas. Tq  Nina

Ni lah tart gulung kami.Walaupun tak cantik tapi kami bangga

Walaupun 'ireng' tapi rasa dulu

Walaupun penat kami gembira
   Masa menyiapkan kuih ni, ada satu kejadian yang menyentuh hati aku. Kuih aku ada sikit hangus, maklumlah amatur bukan profesional. Lagipun pakai oven cap XXXX yang kena pandai kawal suhu dan masa. Sedang sibuk berulit dengan kuih, dua orang makcik kesayangan aku pun datang bertandang. Makcik-makcik, ni nampak je kuih aku diaorang tanya kenapa hangus? Aku pun gelak-gelak sambil senyum je lah. Bersungguh-sungguh mereka gelak kan kuih aku. Aku pun kata lah 'Kira ok lah, takda buruk sangat' sambil sama-sama gelak. Entah kenapa, tiba-tiba je mama macam marah-marah. Pada fikiran aku mungkin mama marah sebab kuih yang aku buat tak berapa nak jadi, macam membazir je. Dalam hati kecil aku, aku sedih sebab macam mama tak menyokong apa yang aku buat. Mungkin betul kuih aku tak menarik, tapi tetap ada ruang untuk aku betulkan, kalau tak salah tak tahu kesilapan. Lepas dua orang makcik beransur pulang, mama cakap dia bukan marah aku, tapi berkecil hati dengan dua orang makcik yang menjadikan kuih dari air tangan aku sebagai bahan jenaka. Ya Allah sampai begitu sekali mama fikir, sedangkan aku tak berkecil hati pun. Malah makcik-makcik aku nama kan kuih aku 'kuih senyum' sebab aku senyum je walaupun kuih aku hangus. Jadi aku faham kenapa mama marah-marah. Ini lah namanya 'cubit peha kanan, peha kiri terasa sakit'. Bagi mama rupa kuih aku yang tak semenggah tu pekara biasa untuk aku yang amatur. Tak boleh lah nak harap ianya cantik dan sedap seperti orang profesional yang buat. Sungguh mama menghargai anak daranya yang sorang ni dalam cara tersendiri.
   Kesimpulannya, banyak perkara yang aku belajar pada Ramadhan kali ini. Barulah aku faham konsep besederhana. Bila kita beserdahana, ikhlas itu akan datang dengan sendirinya tanpa kita memikirkan kepentingan diri. Hakikatnya ramai orang meninggalkan perkara mugkar dibulan Ramadhan, tapi kembali kepada yang mungkar setelah berakhir Ramadhan. Semoga kita dijauhkan dari perkara sedemikian dan ditetapkan hati dan diteguhkan iman. Ramdhan kali ini banyak perkara yang aku belajar, tapi Ramadhan akan datang masih aku harapkan semoga dipanjangkan umur. Kepada umat Islam seluruhnya, selamat tinggal Ramadhan 1432H dan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin. 

0 comments: