THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Tuesday, 15 November 2011

23tahun+12bulan

Asssalamualaikum,

     Lama tak menulis. Sebenarnya ada banyak perkara nak ditulis tapi tak berkesempatan. Jadi coretan aku kali ni mungkin merangkumi semua aspek. Coretan kali ini tajuknya ialah 23tahun+12bulan merujuk kepada usia aku yang secara rasminya sudah mencecah ke angka 24 tahun. Fuhhh....cepat masa berlalu. Memang pantas. Apa ada pada usia 24 tahun?? Yang pasti umur 24tahun aku lebih kenal siapa diri aku yang semakin tua ni kot. Antara yang semakin jelas dan ketara aku perasaan pasal diri dan sikap aku ialah, selalunya aku tak berani nak bersuara. Walau macam mana aku ditindas pun jarang sekali aku nak bersuara. Siapa yang suka menindas mesti berubut-rebut nak menindas aku. Jadi hot stuff lah kan. Tu lah rasanya satu sikap yang ada dalam diri aku untuk aku ubah. Dulu aku tak lah macam ni sangat. Tapi sekarang makin menjadi-jadi perangai aku yang satu ni. Perasaan ni lebih kepada rasa sangat kecewa bila kita terpaksa buat sesuatu perkara yang kita tak nak buat. Akhirnya aku akan kalah dengan emosi aku sendiri. Aku kena pertahankan diri aku. Aku tak boleh biar orang tindas sesuka hati. 
     Bila umur dah 24 tahun rasanya soalan untuk orang tanya 'umur dah 24 bila lagi nak jadi manager?' memang jarang lah. Tapi kalau soalannya 'Umur dah 24 bila lagi nak kahwin' soalan ni soalan kegemaran. Ramai kawan-kawan yang sebaya aku ni dah ada anak dah pun. Aku tak lah kesah sangat sebab mind aku dah set 27 tahun umur yang aku rasa molek untuk mendirikan rumah tangga. Cuma bila mama aku rajin tanya aku jadi rimas dan paling yang buat mama aku asik tanya sebab dua orang sepupu yang aku paling rapat akan mendirikan rumah tangga tak lama lagi. Fuhhhhh dia orang punya jodoh dah sampai aku rasa teruja dalam masa yang sama aku tak sangka dia orang dah nak kahwin. Alhamdulilah.
Thank you to my colleague 
     Sekarang aku dah melangkah satu lagi frasa dalam kehidupan. Kalau dulu umur 9tahun ke, 12 tahun ke, 18 tahun ke, aku tak pernah nak peduli, bil tu dah bayar? bil ni dah bayar? cukai tanah? cukai pintu? miggu depan ada kawan kahwin, nak bagi hadiah apa ye? Tapi sekarang semua itu aku peduli dan aku ambil peduli. Aku boleh nampak dan rasa sendiri perubahan frasa kehidupan aku. Sebelum ni tak pernah tahu pun kt dapur tu barang apa yang dah abis, berapa banyak nak di beli. Tapi sekarang semua aku ambil tahu. Aku agak bertuah, walaupun aku dibesarkan sebagai anak tunggal, aku tak pernah mengharap 100% sesuatu perkara pada kedua orang tua aku. Selalunya aku buat sendiri. Nak pergi daftar belajar aku sendiri menghantar diri aku ke kolej untuk daftar. Dari kecil juga orang tua aku dah biasakan akan aku dengan kerja-kerja membayar bil. Dieorang akan tinggal kan duit, dan aku akan pergi bayar. Dari kecil aku memang dah berdikari. Tak lah harap orang tua 100%. Mana yang aku mampu buat, aku buat sendiri. Jadi aku lebih matang dari usia. Sesungguhnya aku ingin mencari lebih banyak kebaikan, demi mencari kebaikan, keburukan yang menghampiri ada lah berganda - ganda.
    Sampai sini je coretan aku, semoga untuk melangkah lagi satu frasa kehidupan aku akan lebih mendekiti kebaikan dan menjauhi keburukan.


p/s: Kepada semua kenalan terima kasih di atas ucapan dan ingtan anda kepada saya

Wasalam

Tuesday, 6 September 2011

Quintessence of Life

"In any moment of decision, the best thing you can do is the right thing, the next best thing is the wrong thing, and the worst thing you can do is nothing"


   Tak tahu nak mula yang mana satu. Sungguh hati dan perasaan bersimpang siur,compang camping, buntu dan sewaktu dengannya. Setelah setahun setenggah bekerja dalam dunia pembinaan atau orang putih kata 'Construction' sedikit sebanyak pahit manis tu dapat rasa macam mana. Apa pun ianya pengalaman yang sangat berharga. Sampai saat ini aku masih bingung aku ni nak jadi apa sebenarnya? Itu lah masalah utama. Hati aku tak 100% untuk terus berkhidmat dalam bidang ini. Bila pergi hospital, tengok doktor muda belia, mulalah aku tanya diri sendiri kenapa lah aku tak jadi doktor? Ala Matematik dengan Biologi aku cukup-cukup makan. Kimia dengan Fizik rentung terus. Sebab tu lah tak jadi doktor. Kalau tengok berita, waratawan yang buat liputan kat luar negara, aku pun akan tanya diri sendiri kenapalah aku tak jadi wartawan? Owh SPM Bahasa aku dapat 5C. Jadi apa sebenarnya yang aku nak jadi ni??? Pernah sorang rakan sekerja tanya 5tahun akan datang aku dimana? Aku cuma boleh jawab jadi suri rumah. Dengar je jawapan yang macam tu pasti lah nampak sangat aku ni takde wawasan. Selalunya orang boleh nampak kebolehan kita yang kita sendiri tak tahu. Atau kita sendiri yang malas dan lembik macam pisang telebih masak untuk cabar diri kita. Kalau lah aku boleh teruskan hidup dan sentiasa bersemangat untuk merasai sari pati hidup alangkah bagus nya. 
   Ada sebuah buku yang aku baca yang memang sangat terkesan. Tulisan Andrea Hirata yang bertajuk EDENSOR, sangat menarik dan tertarik. Dalam buku tu dia ada tulis 'aku ingin hidup dan merasakan sari parti kehidupan' Kalau lah aku mampu bersemangat seperti kata-kata tu, untuk lalui hari-hari mendatang pasti senang macam kacang goreng je. Hakikatnya semangat aku lembik macam pisang telebih masak, dan nak lalui hari - hari mendatang macam aku berjalan diatas duri. Aduhai....mungkin kehidupan aku belum sampai kepuncak atau belum klimaks untuk memecut dalam melalui kehidupan. Momentum aku untuk berlari dalam melalui kehidupan yang semakin bersimpang siur, belum pada tahap maksima atau mungkin ini adalah sebahagian sari pati hidup aku. 
   Itu saja untuk kali ni. Kehidupan yang libang libung harus diteruskan. Yang pasti dalam hidup semuanya serba mungkin.

Sunday, 28 August 2011

Cubit Peha Kanan, Peha Kiri Terasa Sakit

Assalamualaikum,

   Hari ini berakhir sudah Ramadhan ke 28. Tinggal sehari saja lagi untuk seluruh umat Islam menyambut Syawal. Berapa peratuskah markah kita untuk Ramadhan kali ini? Cemerlang, lulus sahaja atau gagal? Yang pasti aku berdoa semoga dipanjangkan umur, dimurah rezeki untuk bertemu Ramdhan yang akan datang. Bulan yang dibuka pintu syurga dan ditutup pintu neraka. Sejauh mana kita bersungguh ingin mengejar pintu syurga dan berlari sejauh mungkin dari pintu neraka? Tepuk dada tanya selera.
   Becerita mengenai raya, tahun ini aku rasa puas sangat dengan persiapan raya. Adakah aku menyiapkan 5 pasang baju raya? Adakah aku membeli belah baju jalan berpasang-pasang? Adakah aku beli sofa baru dekat Cavenzi? Oh, atau tempah langsir baru? Tahun ni aku cuma tempah dua pasang baju raya, aku langsung tidak membeli belah baju jalan malah sofa dan langsir masih sama macam tahun sudah. Aku rasa puas dengan tahun ini sebab semuanya aku sediakan dalam keadaan yang sangat sederhana. Perasaanya sukar digambarkan betapa aku puas hati dengan persiapan tahun ini dan aku sangat bersyukur dengan limpah kurnia Sang Pencipta. Tahun ni aku dan sepupu aku berkongsi untuk buat dua jenis kuih iaitu tart gulung dan coklat chip cookies. Walaupun tak secantik dan tak sedap mana, kami puas. Ini pertama kali kami buat kuih 100% usaha kami tanpa dibantu oleh 'Puan Besar'.
Sepupu yang sudi melayan karenah aku. Walaupun penat tapi puas. Tq  Nina

Ni lah tart gulung kami.Walaupun tak cantik tapi kami bangga

Walaupun 'ireng' tapi rasa dulu

Walaupun penat kami gembira
   Masa menyiapkan kuih ni, ada satu kejadian yang menyentuh hati aku. Kuih aku ada sikit hangus, maklumlah amatur bukan profesional. Lagipun pakai oven cap XXXX yang kena pandai kawal suhu dan masa. Sedang sibuk berulit dengan kuih, dua orang makcik kesayangan aku pun datang bertandang. Makcik-makcik, ni nampak je kuih aku diaorang tanya kenapa hangus? Aku pun gelak-gelak sambil senyum je lah. Bersungguh-sungguh mereka gelak kan kuih aku. Aku pun kata lah 'Kira ok lah, takda buruk sangat' sambil sama-sama gelak. Entah kenapa, tiba-tiba je mama macam marah-marah. Pada fikiran aku mungkin mama marah sebab kuih yang aku buat tak berapa nak jadi, macam membazir je. Dalam hati kecil aku, aku sedih sebab macam mama tak menyokong apa yang aku buat. Mungkin betul kuih aku tak menarik, tapi tetap ada ruang untuk aku betulkan, kalau tak salah tak tahu kesilapan. Lepas dua orang makcik beransur pulang, mama cakap dia bukan marah aku, tapi berkecil hati dengan dua orang makcik yang menjadikan kuih dari air tangan aku sebagai bahan jenaka. Ya Allah sampai begitu sekali mama fikir, sedangkan aku tak berkecil hati pun. Malah makcik-makcik aku nama kan kuih aku 'kuih senyum' sebab aku senyum je walaupun kuih aku hangus. Jadi aku faham kenapa mama marah-marah. Ini lah namanya 'cubit peha kanan, peha kiri terasa sakit'. Bagi mama rupa kuih aku yang tak semenggah tu pekara biasa untuk aku yang amatur. Tak boleh lah nak harap ianya cantik dan sedap seperti orang profesional yang buat. Sungguh mama menghargai anak daranya yang sorang ni dalam cara tersendiri.
   Kesimpulannya, banyak perkara yang aku belajar pada Ramadhan kali ini. Barulah aku faham konsep besederhana. Bila kita beserdahana, ikhlas itu akan datang dengan sendirinya tanpa kita memikirkan kepentingan diri. Hakikatnya ramai orang meninggalkan perkara mugkar dibulan Ramadhan, tapi kembali kepada yang mungkar setelah berakhir Ramadhan. Semoga kita dijauhkan dari perkara sedemikian dan ditetapkan hati dan diteguhkan iman. Ramdhan kali ini banyak perkara yang aku belajar, tapi Ramadhan akan datang masih aku harapkan semoga dipanjangkan umur. Kepada umat Islam seluruhnya, selamat tinggal Ramadhan 1432H dan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin. 

Tuesday, 26 July 2011

Liontin&Ramadhan

Assalamualaikum;

   Kenapa kali ni Liontin dan Ramadhan? Sebab ada cerita disebalik cerita liontin yang disiarkan dekat TV3 ada cerita disebalik Ramadhan. Sebenarnya arwah ayah sangat minat dengan lagu tema liontin. Liontin kalu tak silap maksudnya loket.Kalau korang ingat lagu tema tu tajuk dia 'Menunggumu' dari kumpulan peter pan, ade juga sekarang panggil kumpulan tu peter porn. Dulu aku tak lah minat pun dengan lagu ni. Tapi lepas ayah menghadap Penciptanya, lagu ni amat terkesan dihati aku. Bila iklan liontin keluar kt TV ayah akan cakap 'ayah suka lagu ni.' Antara lirik yang yang terdapat dalam lagu ni 'bila rindu ini, masih milikmu.' Lagu ni sentiasa menjadi santapan halwa telinga aku, dan setiap kali dengar lagu ni, rindu pada ayah datang mengusik jiwa.

   Lagi beberapa hari umat Islam akan menyambut bulan yang penuh keberkatan bulan Ramadhan. Sayangnya kali ni aku tak dapat menunaikan puasa sunat sya'ban dengan baik atas masalah kesihatan. Semoga Ramadha kali ini berjalan dengan lancar dan dikurniakan kesihatan yang baik-baik. Setiap kali Ramadhan menjenggah, menguatkan lagi perasaan rindu ku pada arwah ayah, kerana bulan Ramadhan semua ahli kubur akan dilepaskan. Dan ini ialah Ramadhan yang keempat tanpa ayah. Sepanjang empat tahun ni, Ramadhan aku dan mama biasa-biasa saja. Tiada makanan yang berlebih. Dulu masa arwah ayah ada, makanan agak mewah, beli lah banyak mana pun pasti akan habis, sebab ayah ialah 'tong sampah'. Hehehehe, tapi kalau sekarang beli berlebih ianya memang MEMBAZIR, nak habiskan seekor ikan atau kerang yang berharga 50 sen pun memang tak terhabis oleh aku dan mama. Kalau dulu hidangan wajib kami ialah air sirap selasih. Air sirap selasih memang kegemaraan ayah. Wajib ade sepanjang Ramadhan. Tapi sekarang jarang sekali ada, sebab kalau dengan mama, mama memang tak suka berbuka dengan minuman berais. Selalu air yang dihidangkan air teh o suam, tu wajib untuk mama.

   Perkara yang menjadi rutin aku sepanjang empat tahun ni, aku akan tanya mama 'ma kain putih ada tak?' kain putih untuk buat pengganti tanda pada batu nisan ayah. Dan aku tak kan pernah lupa tentang satu perkara ni. Melalui hari - hari berdua saja dengan mama kadang-kadang rasanya hiba saja. Kalau mama pergi mana-mana tinggal lah aku sorang. Kalau aku pulak yang kemana-mana mama pulak tinggal sorang, tapi dengan khidupan berdua macam ni, menjadikan aku insan yang sangat menghargai kasih sayang.Untuk mama kasih sayang tu semakin bercambah, dan untuk ayah pula kasih sayang yang tersemat dalam sanubari akan sentiasa menjadi rindu yang tak pernah pudar. Semoga Ramadhan 1432h adalah lebih baik buat semua umat Islam sedunia. 
Salam Ramadhan

Tuesday, 19 July 2011

Kasihmu Kasih Tiada Tanding

Assalamualaikum,

Beberapa hari lepas aku ada cerita pasal kesihatan aku, eczema lah impetigo lah...sebenarnya aku kene cacar air.  Tapi disebabkan aku ni orang tua doktor pun tak syak lah aku kene cacar air. Tapi cacar air aku kena ni lain sikit. Ada orang panggil 'Campak Seman' atau campak yang dah bentan atau campak yang tak habis keluar.Campak ni mesti dikeluarkan supaya ianya tidak menjadi kudis. Untuk keluarkan campak ni kaedah yang digunakan ialah kaedah tradisional. Antaranya ialah, perbanyakan minum air kelapa dan mandi dengan air beras atau dengan air daun bambu.Untuk kudis-kudis yang dah bentan sapukan dengan beras yang ditumbuk berserta mata kunyit.Azab kegatalan dia sangatlah hebat. Tapi tak boleh garu nanti bertambah teruk.Untuk ketika ini aku masih lagi dalam rawatan.Aku terpaksa amik cuti, sebab doktor tak nak bagi MC.

Inilah daun bambu atau ada jugak orang panggil daun mumu
Sepanjang menjalani rawatan ni, orang yang paling risau dan bertungkus lumus untuk pastikan aku kembali sihat ialah mama. Walaupun usia aku hampir menjangkau 24tahun, mama masih setia merawat aku dan menyediakan keperluan aku bagai anak kecil. Aku sangat bertuah walaupun dalam usia 24tahun mama masih setia melayan karenah aku, sedangkan ada rakan sebaya dengan usia aku sudah mula melayan karenah anak masing-masing.Sesungguhnya kasih seorang ibu tiada tandingannya. Selagi anak itu menjadi tanggungjawabnya, selagi itu segala keperluan anak itu akan disediakan sebaik mungkin. .Contohnya bila malam-malam aku mula resah sebab terlalu gatal, mama pun akan berjaga dan pastikan aku tidak mengaru macam nyet-nyet, akan hubungi aku tanya bila nak balik, sebab hari ni aku terpaksa masuk kerja bagi menyelesaikan kerja-kerja yang tertangguh.Pagi tadi aku dah janji dengan mama nak masuk kerja sekejap je, tepat jam 10 mama pun telefon dan tanya bila nak balik.Kerisauan jelas kedenggaran melalui nada suara mama...menyediakan aku makanan yang berkhasiat supaya aku cepat sembuh dan macam-macam lagi lah.Mama adalah awan nano aku. Kasihnya tiada banding, setianya tiada tara.
Awan nano
Some mothers are kissing mothers and some are scolding mothers, but it is love just the same and most mothers are kiss and scold togather.

Sunday, 17 July 2011

From eczema to impetigo

For this time I want to share facts about health. Two weeks ago I was attacked by a disease resulting in skin irritation. At first I was suspected to have eczema. Unfortunately the doctor not sure yet about the disease that attacked me. Early conclusion I infected a doctor suspects a skin disease called impetigo.  What is impetigo?
is a highly contagious bacterial skin infection most common among pre-school children. Impetigo is not as common in adults. That is why doctors suspicious if I am infected with impetigo. For my case rashes start from foot, then become generalized. To ensure my condition, my case need to refer to dermatology.  Rashes start from foot then become generalized, papular with scratch marking. As early prevention, I was discharged wit cap cloxacillin Like other penicillin-like drugs, cloxacillin interferes with the last stage of bacterial cell wall synthesis by binding to penicillin-binding proteins, thus inhibiting the cross-linking needed to from a stable bacterial cell wall. 



 Referral Letter to Dermatology


Cloxacillin Structure

After reaching the age of 20th I weakened immune and susceptible. I realize that I need to keep my good health, eating and have a healthy lifestyle. I don't want to be teenagers, at the aged 20th living to rely on medication. I hope that the disease is cured and undergo normal lives. Cleanliness is also very important. Perhaps we are always preoccupied with cleanliness.

Friday, 15 July 2011

Satu Harapan Membara dan Menyala

Biji durian tersekat dekat halkum, Assalamualaikum...

Wow....ni ialah cerita pertama aku untuk blog ini, sebenarnya dah lama nak buat blog tapi belum berkesempatan. Aku namakan blog ini dengan nama SEHAYAT...SEHAYAT ialah bahasa Turki yang membawa maksud PERJALANAN.
Untuk cerita pertama aku nak kongsi apa yang aku rasa untuk waktu dan ketika ini.
Semalam keputusan UPU baru saja dikeluarkan oleh KPTM, lebih kurang 70000 pelajar lepasan Diploma setaraf memohon untuk menyambung pengajian di IPTA, lebih kurang 41200 pemohon sahaja yang berjaya menempatkan diri di IPTA. Adakah aku salah seorang pemohon yang menanti jawapan ini??? Mestilah tidak. Setelah setahun aku menamatkan pengajian di peringkat diploma kejuruteraan awam aku tidak pernah sekali pun memohon untuk menyambung pengajian di peringkat Ijazah. Bukan tidak terlintas untuk menyambung pengajian, ianya sering belegar - legar di fikiran untuk menyambung pengajian. Perasaan membuak itu tidak pernah luput. Hanya Allah saja yang tahu. Bila dapat tahu kawan - kawan dapat sambung belajar, perasaan kecewa sentiasa bersarang di hati. Ada beberapa sebab yang membantut kan aku untuk menyambung pengajian. Luaran mungkin aku nampak seperti orang yang sangat sedih, hakikatnya mama adalah orang yang paling sedih dan kecewa, kerana tak mampu untuk membiarkan aku meneruskan cita - cita ku...mama akan pujuk 'jangan lah nangis, mama bukan tak nak bagi belajar, kalau mama kerja lagi, mama bagi belajar' dari nada suara mama aku dengar betapa dia rasa bersalah kerana tak mampu untuk membiarkan aku meneruskan cita-citaku. Walaupun sebenarnya aku bukan lah minat sangat untuk bekerja dalam bidang pengajian ku, tapi aku masih bercita-cita untuk menggengam segulung ijazah. Tidakah ia satu pembaziran??? Buang masa??? Tidak...ianya tidak akan pernah jadi satu pembaziran, kerana ianya lebih kepada pencapaian peribadi. Sesuatu yang aku akan bangga dengan pencapaian aku. Aku tidak sepatutnya bebankan mama dengan emosi menggila aku yang ingin sambung belajar, kerana mama lah insan yang akan rasa bersalah. Aku tidak patut penting kan diri sendiri, kerana aku tau aku harapan mama, aku kena sedar ada mulut yang hendak disuap, ada bil yang perlu dibayar, ada hutang perlu dilunaskan setiap bulan, Dan itulah lumrah hidup. Demi memujuk hati, aku balikkan hati kecil aku 'mungkin Allah belum makbulkan kehendak aku, suatu hari nanti kena pada masa dan ketikanya mungkin aku akan peroleh pekara yang lebih manis lagi. Sesungguhnya bukan sahaja ajal tidak akan lambat atau cepat sesaat, malah setiap pekara juga begitu'
Mungkin sekarang aku bukan lah orang yang sedang mengejar cita-cita demi segulung ijazah, tapi aku seorang hamba Allah yang sedang menikmati kemanisan tanggungjawab sebagai seorang anak, sebagai seorang pencari nafkah buat keluarga...arwah ayah tidak sempat merasa hasil titik peluh ku jadi Allah mebiarkan aku membalas jasa mama...Sesungguhnya Allah itu maha adil lagi penyayang.
Suatu hari nanti aku pasti akan menamtkan pengajian ku di peringkat ijazah...dan impian itu tidak akan pernah lupus...



Impian itu tidak akan berkubur

Biar sekuat mana hati
Menjerit hiba meronta-ronta
Tak ku hanyut dalam lamunan
Tak mungkin menitis airmata


Aku harus ku tegar membawa
Harapan ini ke alam nyata
Agar bisa ku raih
Angan dan sejuta impian


Harapan yang tersimpan kian lama
Menghimpun segala pergorbanan
Suka duka ku jalani
Dengan tabah tiada putusan asa